(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

GELAGAT PHOTOGRPHER AMATUR DARI PANDANGAN GematriA™ DAN TIPS UNTUK KELIHATAN PROFESIONAL.



By  Sic Fallacy     6/27/2011 12:16:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Sejak kebelakangan ni, saia lihat begitu ramai photographer amatur yang mau kelihatan persis jurugambar profesional lagaknya. Secara peribadi, saia lebih suka dengan gaya low profile atau bergantung kepada sesuatu keadaan. Ini untuk mengelakkan supaya teda banyak mata memandang ke arah saia sekaligus untuk menghindarkan diri dari dirasa mengganggu mereka didalam sesuatu majlis atau keramaian.

Tapi lain orang, lain pandangannya. Mungkin kamurang ingin kelihatan seperti seorang jurugambar yang profesional dan berbeza dari yang lain dengan niat supaya kamurang disegani orang sekeliling. Atau mungkin seperti kata seorang rakan jurugambar saia; untuk menarik minat orang untuk menjadi client kita. ( Huh! Kalau ko jurugambar pempuan, sangat boleh melakukan ini )

Dan disini, disertakan beberapa tips untuk kamurang untuk kelihatan seperti seorang jurugambar profesional!
  1. Buku not kecil dan pen - supaya kelihatan kamurang persis photojurnalis yang awesome dan sentiasa ada idea untuk menghasilkan imej yang menarik. Gyeaahh!
  2. Tripod - kalu kamurang berani membawa beban yang besar, digalakkan untuk mengusung kaki kamera atau tripod yang besar dan panjang kemana ja kamurang pegi.
  3. Vest / Jacket - Memakai vest atau jacket khas untuk photographer, yang mempunyai banyak pocket. Kalau ada nama brand kamera terpampang dibelakangnya lagi TERBAIK.
  4. Lens - beli seberapa banyak lens dan lens telephoto yang panjang adalah terbaik untuk kamurang supaya kelihatan sangat pro. ( ini diakui oleh Eric a.k.a Shrek melalui testimonial yang dijalankan. Bwahahaha ).
  5. Kamera dan aksesori - beli additional flash lite, battery grip atau motor drive dan pasang pada kamera kamurang. Lalu, usunglah kemana seja kamurang pergi. Ini sangat kelihatan seperti profesional tau!

Itu ja kali tips untuk kamurang kelihatan seperti seorang profesional. Sila jangan malu untuk mencuba ya!

Eh..ekseli, entry ni untuk budak-budak student yang beli kamera guna duit PTPTN yang selalu mengusung kamera dan dengan lagak poyo diurang.


Nota: Secara rasmi, entry ini adalah siri ke 5 untuk segmen SELAMAT DATANG KE SEKOLAH FOTOGRAFI GematriA™.








KELAS.TAMAT

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

13 comments:

neyra shazeyra said...

Eh..ekseli, entry ni untuk budak-budak student yang beli kamera guna duit PTPTN yang selalu mengusung kamera dan dengan lagak poyo diurang.



nasib takde kamera hahaaha

GematriA™ said...

Neyra: Bwahahahaha..
kamu terselamat.
Tahniah!

cik panadol said...

wahaha tak rajin nk usung tripod,lenses dan aksesori bebanyak tu...
kalo betol2 pro takpe....ni takat nk tayang saja, serius itu POYO!

GematriA™ said...

Cik Panadol: Bhahahaha..
taupun. sa yg selalu kirija tia pandai mau bw2 segala tu tau!

uLan said...

haha sedangkan handbag pun tidak suka bawa,inikan mau angkut segala aksesori adeiii...

GematriA™ said...

uLan: bhahahaha..
statement paling berani emyulan.

echaRierie said...

entri menyindir..paling manang !

GematriA™ said...

echaRierie: Lalalala..

alyaclumsy said...

gila penat kalau nk angkut suma tu kan -,-

tengkorakemas said...

boleh tak TE usung tripod, then keluarkan hp dgn kamera 2.o megapiksel? haha

lepas tu join photographer battle mcm dalam video dulu

GematriA™ said...

alyaclumsy: betul..
tp klu biasa uda, mcm bw hp dlm pocket ja bha alya..

GematriA™ said...

tengkorakemas: bhahahaha..
tp kan bro, sejujurnya, kamera hp 2.0mp sgt terbaik klu mau camwhore. tia perlu mengusung DSLR merata2 mcm keadaan skg ni.

neyra shazeyra said...

duet PTPTN untuk belajar bukan beli dslrr lepastu gantung di leher bajet mcm dah reti sgt nak amek gamabr tu.


*saya pakai kamera henset je. sobb sobb


Translate