(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

UNTUK KESATRIA PERKASA YANG BAHAGIA



By  Sic Fallacy     6/14/2011 01:49:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Entry khas ini adalah untuk dia dan mereka yang bergelar " Bapa "

**

Kubayangkan butir mutiara memenuhi kelopak matamu,
Saat kau membacakan baris-baris kasih sayang,
Kepada buah hatimu.


Lalu kumenyapa, 
Ada beberapa titisan air mata menggantung dijiwamu,
Hendak menyeruak ke dunia,
Menemani perasaanmu ketika itu.

Tidak ada yang dapat kuucapkan hari ini,
Seperti hari-hari kelmarin, 
Aku hanya diam,
Membisu.

Cuba kutitipkan beberapa kata ungkapan kehormatan,
Kepadamu yang kini duduk menyaksikan ilham Allah,
Merasuki tulang-tulang tuamu.

Adakah aku akan melihat orang tuaku,
Sebahagia lantunan nyanyian hatimu,
Yang hendak menempuh tahap tertinggi kudrat manusia?


Aku merenung,
Menggores bayangan butiran air matamu,
Yang terdorong keluar oleh kebahagiaan,


Aku berusaha menutupi jalan untuk air mataku,
Yang tak sanggup menahan keharuan,
Menuntut jalan keluar,
Mungkin hendak berteman dengan air matamu.



SELAMAT HARI BAPA
2011 

* sengaja sa publishkan awal entry ni. Kerana takut terlewat mengucapkan kehormatan kepada kesatria perkasa keluarga kami. Yang menjadikan kami manusia berjaya *








BIRRUL
WALIDAIN.

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.


Translate