(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

ZAMI ISMAIL MENINGGAL DUNIA AKIBAT SAKIT JANTUNG



By  Sic Fallacy     6/19/2011 01:10:00 PM    Categories,, 
Assalamualaikum.
Negara kehilangan satu lagi mutiara dalam industri hiburan.
Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali sebagai Pak Uda, gara-gara lakonan beliau didalam sitkom bersiri " Pi Mai Pi Mai Tang Tu " meninggal dunia di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada kira-kira jam 10:30am tadi.
Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dan pada tadi malam, terpaksa dibawa ke CCU kerana jantungnya sangat lemah dan semakin tenat.


Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som". 

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.


Nota: Teringat Allahyarham kerana menamakan anak-anaknya dengan nama-nama yang unik, termasuklah nama pemimpin terkenal Nazi, Hitler.

Dalam Kenangan.
Allahyarham Zami Ismail ( Pak Uda )
1944 - 2011

Al- Fatihah buat Allahyarham Zami Ismail. 
Moga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Amin.




Al.Fatihah..

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

5 comments:

echaRierie said...

Al-Fatihah ~

uLan said...

huhu juga sama dia nie...

Bob Merley said...

one of the most awesome dude in Malaysia. May he rest in peace.

Al-Fatihah

neyra shazeyra said...

alfatihah

alyaclumsy said...

al fatihah~


Translate