(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ RARE ] TOP 3 GAMBAR YANG MENGEJUTKAN DUNIA



By  Sic Fallacy     7/19/2011 01:31:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Ramai yang mengatakan, sekeping gambar mempunyai 1001 cerita. Tetapi, dalam 1001 keping gambar, cuma mungkin beberapa keping seja mapu untuk memberitahu cerita yang hebat, cerita yang memilukan seluruh dunia, Berulangkali.. Dari image iconic Omayra Sanchez, hingga ke bencana Gas Bhopal '84, kuasa seni fotografi terus hidup tanpa boleh dikalahkan. Dibawah, adalah image pilihan yang saia kira sebagai top 3 image paling rare dalam sejarah seni foto.

Amaran: Mungkin gambar-gambar yang akan disiarkan mengandungi element yng mampu meruntuhkan hati jika kamurang seorang yang mudah tacing.. Ehehe.. Gambar yang hebat mampu bercerita sesuatu yang hebat tadi bilang! Ehehehe..
Baik..
Sambung baca..


3) Thailand Massacre 1976
Jurufoto: Neil Ulevich

Gambar " Siri kekacauan dan kekejaman di jalan-jalan di Bangkok, Thailand " ini telah membolehkan Neil Ulevich menerima Pulitzer Prize pada tahun 1977.

neil-ulevich-thailand-massacre

Thammasat University Massacre berlaku pada 6 Oktober 1976. Ia adalah serangan yang sangat ganas pada pelajar-pelajar yang berdemonstrasi menentang Field Marshall Thanom Kittikachorn. FMT Kittikachorn adalah seorang diktator yang merancang untuk kembali ke Thailand. Kepulangan diktator tentera dari buangan menimbulkan bantahan yang sangat ganas. Penunjuk perasaan dan pelajar yang telah dipukul, dirosakkan, ditembak, digantung dan dibakar sehingga mati.


2) Bhopal Gas Tragedy 1984
Jurufoto: Pablo Bartholomew

Pablo Bartholomew adalah seorang photojournalist yang diiktiraf India yang berjaya merakamkan Tragedi Bhopal Gas. 26 tahun telah berlalu sejak bencana perindustrian paling teruk di India yang mencederakan 558.125 orang dan membunuh seramai 15.000. Dilaporkan, bencana ini berlaku kerana standard keselamatan dan prosedur penyelenggaraan telah diabaikan di Union Carbide India Limited (UCIL) kandungan racun perosak tumbuhan di Bhopal, kebocoran gas methyl isocyanate dan bahan kimia lain yang mencetuskan bencana terhadap alam sekitar dan manusia secara besar-besaran. 

bhopal-tragedy-pablo-bartholomew

Gambar ini dirakamkan setelah beliau terserempak dengan seorang lelaki yang menanam seorang kanak-kanak yang dipercayai anak lelaki tersebut. Adegan tersebut juga berjaya dirakam secara bersama, dengan seorang lagi photojournalist terkenal India, Raghu Rai.


1) Tragedy Of Omayra Sanchez 1985
Jurufoto: Frank Fournier

Frank Fournier berjaya merakamkan image paling tragik dalam sejarah fotografi. Dimana, wajah anak kecil, Omayra Sanchez, yang terperangkap dalam lumpur dan runtuhan bangunan, selepas letusan gunung berapi Nevado del Ruiz di Colombia 1985 yang mencetuskan tanah runtuh besar-besaran. Ia memusnahkan bandar-bandar dan membunuh 25,000 orang. 

omayra-sanchez-frank-fourier 

Selepas 3 hari bergelut, Omayra meninggal dunia akibat hipotermia dan gangren. Kematian tragis beliau menyerlahkan kegagalan pegawai-pegawai untuk bertindak dengan cepat dan menyelamatkan mangsa-mangsa bencana alam Colombia yang terburuk dalam sejarah ini. Frank Fournier merakamkan gambar ini tidak lama sebelum Omayra meninggal dunia. Kematian yang menyeksakan beliau diikuti secara langsung di TV oleh beratus-ratus juta orang di seluruh dunia dan memulakan kontroversi utama.


Baiklah..
Tu ja yang secara peribadi bagi sa sebagai top 3 gambar yang mampu mengejutkan dunia
Semua image dan info bersumberkan laman NatGeo dan majalah National Geography.


Sekarang jam 01:35am.
Kena tidur sekarang.
Banyak benda yang kena diuruskan esok.






CLICK!

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

5 comments:

cik panadol said...

Pernah tgk video rakaman girl dlm pic last tu sblm girl tu meninggal dunia...mmg sedih...

Bob Merley said...

It's a sad sad world )=

GematriA™ said...

cik panadol: eya. pernah keluar tv pasal omayra tu.

tragic gila.

GematriA™ said...

Bob Merley: yes. Indeed bro.
full of sadness..

JalelBenAman™ said...

ganger = kanker ke?


Translate