(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

SUATU PAGI DI STUDIO ITU..



By  Sic Fallacy     7/15/2011 01:30:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Ehehehe.. 
Tergelak lepas layan cerita " Zombieland " tadi. Siuk betul tengok zombie-zombie ni. Tapi paling tension bila part zombie badut keluar. Haish~ Najis betul. Tus ja saia pejam mata. Ni dok mengelamun teringat pula masa di studio tia lama dulu. Rasanya ni macam cerita seram..tapi mau tergelak juga bercampur.

Macam hari-hari lain, saia lah orang yang paling pertama sampai opis. Seperti rutin pak gad, segenap pintu dan lampu studio, saialah tukang bukanya. Kemudian sempatlah mencuri sikit masa untuk melelapkan mata. Tia pasti jam berapa lepas tu, opismate datang, masuk studio terus ja tanya, adaka saia nampak apa-apa masa buka pintu photo department tadi? "Teda" paling ringkas dijawab sebab tengah mamai masa tu.

Kemudian, gatal pula mulut mau tanya kenapa. "Tadi aku ada nampak bayang-bayang orang berlari dari pintu terus sampai bilik make-up!" dia bilang. Senyap. Sebab memang perna saia dengar cerita dari pak gad yang jaga opis kami tu, dia nampak macam-macam dalam opis tu. Paling banyak dalam department kami dan studio. Tapi, kisah tu bising kejap ja. Dan saia tetap macam biasa datang awal pagi, buka pintu opis dan lampu studio..tidur.

Sehinggalah suatu hari tu..
Masa tu mau buka pintu department, dalam gelap lagi masa tu, boleh pula sa terbuka luas pintu tu dan mata betul-betul memandang bayangan "makhluk" berdiri di depan muka. Pucat. Mau pengsan ja masa tu rasanya. Terus ja time tu keluar lepak sana parking sampailah opismate saia tu sampai. Paling sakit hati bila opismate datang, terus ditanya "amacam bro? dah jumpa ke?" Disambung pula dengan gelak yang mampu meruntuhkan kesabaran sa.

Sesampainya depan pintu department, terus ja opismate sa buka lampu dan "makhluk" yang berdiri depan mata tadi jelaslah boleh nampak. Saia tus ja macam, Fine! Ko berjaya menakutkan aku! Hahahaha.. Najis! Macamanalah patung model ni boleh ada depan pintu ni? Paling jahat, diurang siap kasi pakai pakaian badut, siap make-up segala. "Idea dari Wanie.." opismate sa bilang. Ciss.. Eh, ni rahsia tahu!, Wanie tu wartawan majalah seopis sa, merangkap #TemanTapiMesra masa tu..
Hahahaha..

Sejak dari tu, sa mula sangat berhati-hati. Bukan apa. Eyala.. Mana tau, boleh pula berdepan dengan "makhluk yang satu lagi" tu..
Eeee..namo..namo..


Nota Kaki: Saia ialah Coulrophobiac





GH.OST

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

7 comments:

neyra shazeyra said...

tahniah hahhaa

GematriA™ said...

Macik Eyra: #maceh..

mamajnjnj said...

'sit!' aku namau tingu itu gambar okeh

neyra shazeyra said...

:p

tengkorakemas said...

hehe yg tu set up je kan?tu yakin je opismate bro tanya dah jumpa ke haha

tapi kalau TE mau seriau juga,

p/s:bro, goodbye for now..

GematriA™ said...

MamaJnJnJ: Bhahaha..cumil tau!

GematriA™ said...

tengkorakemas: diurang mmg rancang bro! tension worh kena bahan seharian.


p/s: eh? dapat lapor diri sudah ka? Alhamdulillah, bro!
Tahniah.. Tahniah..


Translate