(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

LAMBAKKAN "YUNA WANNABE" DI LAMAN YOUTUBE



By  Sic Fallacy     8/28/2011 06:11:00 AM    Categories,,,, 
Assalamualaikum.
Rasanya mungkin ini dalam kategori entry basi. Sebab berkurun ada dalam draft sudah. Huhuhu..

Baik.
Entry ni terwujud lepas menyelongkar belog si cumil ni [ link ] bercerita tentang artis youtube: Najwa Latif dan Ainan Tasneem.

Dan disedari, sejak kejayaan Yuna dan Zee Avi, artis buatan Malaysia yang dikesan bakat mereka melalui laman video terkenal, youtube, ada dikalangan "mereka" ni mencuba nasib untuk menambahkan lagi kuantiti #retis yang sekarang terlampau banyaknya di Malaysia.

Diantara "mereka" yang saia maksudkan ialah Najwa Latif dan Ainan Tasneem. Sepa mereka? Cuba kamurang search nama mereka ni di youtube, maka berlambaklah lagu-lagu cover nyanyian mereka akan tersenarai disana.
**

Ainan Tasneem
+ Powered by Youtube +

Najwa Latif
+ Powered by Youtube +

Part ini mungkin akan menimbulkan rasa marah oleh peminat mereka bila saia mengatakan, mereka ni langsung TIADA pun xfactor yang membolehkan mereka setaraf dengan Yuna atau Zee Avi ( seperti diawal kemunculan mereka di youtube )

Tapi, jika disuruh untuk memilih, saia lebih kepada Ainan Tasneem. Sebab secara peribadi, jika dilihat, Ainan lebih berpotensi untuk berjaya.

Berbanding dengan Najwa Latif, dimana dia kini sedang dikenali dengan lagu nyanyian lurus, Cinta Mukabuku. Sejujurnya, saia kurang meminati lirik dan lagu tersebut. Mungkin akan berbeza pendapat jika ditanya pada mereka yang #tahifesbuk. Sebab lagu tersebut sangat sesuai bagi mereka yang facebook addict. Dan di Malaysia, ada sangat banyak mereka yang 'penagih' facebook!!




Nota: Walau apa pun, Yuna dan Zee Avi adalah product buatan Malaysia yang terbaik lahir dari Youtube!







#NGEEEE..

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

9 comments:

Bob Merley said...

band wagon. lepas ni kita tunggu apa pulak trend baru. hehehe

cEro said...

aku setuju dengan ko...
dan syarikat rakaman skang sibuk n rajin layan youtube sbb nak cari 'konon' bakat tersembunyi camni...

Anonymous said...

suara najwa latif macam justin bieber. paham eh!

GematriA™ said...

Bob: ahahaha..
tunggguuuuuuu..



cEro: betul. kira membazirlah wujud af, malaysia idol, mentor segala..



anonymous: ahahaha..
saia paham sangat.
sekian.

btw, cik anon.. sila jangan guna anonymous lagi eh..

tengkorakemas said...

apa kabar bro?haha

training okla kepala botak muka hitam haha baru sebulan,

selamat hari raya bro! agak2 dorang yg retis tu ada tak nak rakam cover lagu raya?hehe

GematriA™ said...

tengkorakemas:
ahahaha..
maw ko nmpak cumil bro!


klu dorang buat cover lagu raya mst jadi mcm haramjadah..
sedangkan retis yg ada skrg ni pun sume nyanyi pun jahanam habis lagu jadinya..

kax said...

sa sokong ne gema~ ngaaaa :D
retis de latest ne xbest~
sa suka zee avi~ like3x~
^_^
bro : mat hari raya~ jan lupa kasi duet raya ar~ muahahaha~

syahirah sabri said...

ainan tasneem adalah adik angkat saya. ehem. :)

Akue Achik said...

syeera sander aku rasa ok jga..haha


Translate