(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

SYAWAL 1432 HIJRAH..



By  Sic Fallacy     8/30/2011 12:02:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Pertama sekali, saia, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eid ul' fitr. Maaf zahir dan batin kepada semua pembaca belog ๑۩۞۩๑ In Secret Love We Drown ๑۩۞۩๑™. Mau ditulis satu-satu nama yang ada, memang tiacukup kerajinan sa. Huhuhu. Dikesempatan ini juga, saia ingin menghulurkan salam memohon kemaafan andaikata ada kata-kata dan tulisan yang tiaselesa selama saia merapu dan mungkin perna mengguris dan menyakitkan hati kalian. Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah blog sandi saia ini dan sanggup membaca karya karutan saia disini.

Esok, 1 Syawal tahun 1432hijr, agenda tahunan umat Islam untuk menyambut kedatangan Eid ul' fitr, hari kebesaran dan kegembiraan, setelah berjaya menunaikan ibadat puasa sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak dengan berusaha menepis godaan hawa nafsu kegiatan syaitan.

Kemenangan inilah yang diraikan pada hari itu dengan penuh rasa keinsafan, para muslimin dan muslimat akan saling bermaaf-maafan di pagi lebaran dan berpusu-pusu ke masjid, ke surau untuk menunaikan solat sunat Eid ul' fitr. 

Dan berkumandanglah lafaz takbir diseluruh alam memuji kebesaran Ilahi.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. 
Tiada Tuhan melainkan Allah. 
Allah Maha Besar, 
Allah Maha Besar segala puji-pujian untuk Allah. 
Allah Maha Besar Teramat Besar. 
Segala puji-pujian untukNya sebanyak-banyaknya. 
Maha Suci Allah dari pagi hingga petang. 
Tiada Tuhan melainkan Allah. 
Tiada lagi yang berhak disembah melainkan Dia dengan hati yang ikhlas mengerjakan agama untukNya sekalipun orang-orang kafir membencinya.
 
 
Selamat Menyambut Hari Lebaran!


Nota: Rindu tart nenas hasil tangan bonda di rumah..





Eid Mubarak!

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

2 comments:

anangsue said...

kau beraya di bandar...

salam aidilfitri 2011 gemaaa

GematriA™ said...

Mama Anangsue: ahaha..
aku beraya di rumah dan hospital..
sebab eksiden hari raya pertama..


Translate