(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ VIDEO ] TRAILER GHOST RIDER: SPIRIT OF VENGENCE



By  Sic Fallacy     8/22/2011 04:22:00 PM    Categories,,,, 
Assalamualaikum.
Nicholas Cage kembali sebagai Johnny Blaze, pemburu hantu bermotor kuasa tinggi dalam film sequal terbitan Columbia Pictures dan Hyde Park Entertainment, Ghost Rider: Spirit Of Vengence.

Dalam film ini, Johnny Blaze masih lagi berjuang dengan sumpahan sebagai devil's bounty hunter, dan kisahnya bermula ketika Blaze sedang direkrut oleh sebuah organisasi rahsia sebuah gereja di kawasan terpencil di Eropah Timur. Blaze dikehendaki menyelamatkan seorang pemuda ( Fergus Riordan ) dari cengkaman "The Devil" ( lakonan Ciaran Hinds ).

Pada mulanya, Blaze enggan membantu dengan menggunakan kuasa Ghost Rider, memandangkan dengan cara itu sahaja beliau boleh melindungi anak muda itu, sekali lagi 'perjanjian syaitan' dipersetujui, dengan syarat, Blaze akan dilepaskan daripada sumpahan Ghost Rider buat selama-lamanya.

Film Ghost Rider: Spirit Of Vengence ini bakal ditayangkan pada bulan February 2012.

+ Powered by Youtube +

 Pengarah: Mark Neveldine and Brian Taylor. 
Lakon Layar: Scott M. Gimple & Seth Hoffman and David S. Goyer. 
Cerita: David S. Goyer. 
Berdasarkan komik " Ghost Rider, terbitan Marvel Comic ( Steven Paul, Ashok Amritraj, Michael De Luca, Avi Arad, and Ari Arad)




LOOK INTO MY EYES.

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate