(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

KASUT MARTY McFLY Jr. DIREALISASIKAN DENGAN NIKE MAG



By  Sic Fallacy     10/14/2011 12:29:00 AM    Categories,,,, 
Assalamualaikum.
Alang-alang buat entry pasal film, teringat pula pasal salah satu filem trilogi terbaik pilihan saia, Back To The Future.
Kenapa?


Sebab, pengeluar kasut ternama, NIKE telah mewujudkan kasut yang dipakai oleh Marty McFly Jr. ( lakonan Michael J. Fox ) dalam film Back To The Future 2. Kasut yang diberi nama " Nike Mag " ini menurut TechCrunch hanya akan dijual melalui lelongan di laman eBay.

Walaubagaimanapun, ianya tia seperti didalam filmnya, tali kasut tersebut tiaboleh diikatkan secara automatik selepas kaki sudah masuk ke dalam kasut.

Kasut " Nike Mag " ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 1,500 pasang dan hanya akan meningkat mengikut permintaan. Rancangan NIKE adalah setiap keuntungan sepasang kasut yang berjaya dijual akan disalurkan kepada Parkinson's disease research foundation yang dimiliki oleh Michael J. Fox.


Kewujudan " Nike Mag " ini hanya diketahui melalui rancangan wawancara EA Sports, dengan Tinker Hatfields, salah seorang pereka NIKE, setelah ditanya mengenai perancangan masa depan NIKE. Hatfields memberitahu yang mereka sedang merealisasikan design kasut yang ada didalam film Back To he Future dan beliau juga menunjukkan prototype " Nike Mag " yang telah siap untuk dipertontonkan kepada khalayak.

NIKE juga telah menyiapkan beberapa klip iklan televisyen untuk produk " Nike Mag " dan menampilkan Doc Emmett Brown ( Christopher Llyod ), seorang ahli sains yang bertanggungjawab mencipta sebuah kereta yang boleh merentasi masa didalam film tersebut.

Nike Mag Ads.
 
+ Powered y Youtube +

Nota: Lepas ni mesti ada company yang boleh merealisasikan satu lagi peralatan dalam film ni.. 
The Hoverboard. 
Hahaha..
4tahun lagi..
Adakah dunia akan seperti yang kita lihat dalam Back To The Future 2
Atau seperti yang kamurang imaginasikan masa kanak-kanak dulu? 
Kita tunggu dan lihat.




FLYING De' LoREAN?

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate