(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ REVIEW ] AL-HIJAB - SATU LAGI FILEM SERAM MALAYSIA



By  Sic Fallacy     10/10/2011 12:16:00 AM    Categories,,,, 
Assalamualaikum.
Lambakkan film ber'genre seram hasil arahan pengarah di Malaysia membuatkan saia mual dan menyampah untuk berkunjung ke pawagam. Sebab saia bukanlah pencinta film Melayu. 
Tapi, diatas desakan seorang rakan, terpaksa saia mereviewkan film yang sedang hangat ditayang dipawagam sekarang ini, AL-HIJAB.


Sebuah nukilan pengarah dan pelakon Pierre Andre, mengisahkan Rafael, seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. 

Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.


Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutupnya kembali.


Secara keseluruhan, cerita yang terlampau banyak adegan diwaktu malam ni boleh dipuji sebab jalan ceritanya agak tersusun dan tidak membosankan. Pierre Andre juga sempat menyelit beberapa adegan-adegan lawak didalam babak yang tidak dijangka. 

Namun, beberapa part yang memerlukan dubbing, sedikit mengecewakan sebab terasa seperti sedang menonton cerita alih suara siri Ultraman. Walaubagaimanapun, boleh dimaafkan disitu.

Ada lagi.. part Qiss lakonan Nur Fathia memanggil Rafael " Biey.. " adalah sangat mencairkan.. Bhahaha..

6/10 bintang diberikan untuk Pierre Andre dan Al-Hijab. 
Tapi kenapa 6 ja? Sebab 6 adalah " number of the beast "
Dan saia suka number 6. 
Muahahahaha 
*gelaksyaitan*

 Trailer Al-Hijab
+ Powered by Youtube +





DONE

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate