(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

SPONGEBOB SQUAREPANTS AND 7 DEADLY SINS SYMBOLISM



By  Sic Fallacy     10/16/2011 08:31:00 PM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Sebenarnya idea untuk entry ini datang dari Mr. Rudy Lee yang perna dikastaw sa dulu. Thanks bro!

Kamurang kenal Spongebob Squarepants dan rakan-rakan beliau yang lain? SpongeBob SquarePants adalah sebuah siri film animasi yang paling popular di rangkaian Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun yang berlokasikan di dasar Lautan Pasifik dan dikenali sebagai Bikini Botom City ini mula ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi laut, dan diterbitkan oleh perusahaan beliau, United Plankton Pictures Inc. 

Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.


Cukup intro pasal Spongebob..dan sekarang, tahukah kamurang watak dalam siri animasi ini, Spongebob, Patrick, Mr. Krab, Sandy, Plankton, Gary, dan Squitward merupakan perlambangan dari 7 dosa besar ( 7 deadly sins ) ?

Mari kita berkenalan dulu dengan watak 7 deadly sins yang mula dikenali seawal abad ke-14. Kepopularan tujuh dosa besar di kalangan pelukis-pelukis pada masa itu telah mengukuhkan kedudukannya dalam kebudayaan manusia di seluruh dunia. 
Ketujuh-tujuh dosa besar yang telah diterima secara umum adalah:
 
Superbia: megah diri atau keangkuhan
Avaritia: ketamakan
Luxuria: keborosan, kemudian nafsu berahi
Invidia: rasa iri hati
Gula: sikap lahap
Ira: kemarahan
Acedia: kemalasan.

Secara ringkasnya, 7 deadly sins yang kita kenal adalah:
Lust - nafsu
Sloth - kemalasan
Greed - ketamakan
Pride - kesombongan
Envy - iri hati
Gluttony - kerakusan
Wrath - kemarahan  


Nah, Tentunya dengan melihat senarai 7 deadly sins itu, dengan mudah kita dapat mengetahui watak mana mengikut simbolnya! Contoh mudah, Spongebob, sebab sifat karakternya digambarkan dengan sangat jelas. 

Baik. Mari kita susun watak-watak dari siri Spongebob mengikut sifat deadly sins yang mewakilinya. 

Spongebob - Lust
Mungkin ini macam tiamasuk akal dan kelihatan aneh, tapi sa uda memikirkannya lebih dalam. Lust (nafsu) boleh didefinisikan sebagai "excessive love of others" atau rasa cinta yang berlebihan. Spongebob menunjukkan rasa cintanya dengan keinginan berlebihan untuk menolong dan berbuat baik pada semua urang disekelilingnya. SpongeBob mau menyintai semua walaupun mereka tiamencintanya balik.

Patrick - Sloth
Sloth adalah dosa kemalasan atau tiapandai bersedia untuk bertindak. Dan sangat jelas inilah Patrick. Dia berbaring di bawah batu sepanjang waktu tanpa melakukan apapun pekerjaan. Nyatanya, dalam episode "Big Pink Loser" dia mendapat penghargaan dengan tiamelakukan apapun dalam waktu paling lama.

Mr. Krab - Greed
Ternyata Mr. Krab sangat tamak akan duit.

Sandy - Pride
Sandy sangat bangga akan asalusulnya. Dia bangga akan kampung halamannya ( Texas ) dan suka untuk menyebarkan hal itu ke semurang. Ia juga bangga akan spesisnya, mamalia dan seekor makhluk darat. Seperti di episode "Pressure" di mana ia cuba untuk membuktikan makhluk darat itu lebih baik daripada makhluk laut.

Plankton - Envy
Plankton sangat irihati dengan kejayaan Mr. Krab dan sebab rasa irihatinyalah dia cuba dan terus mencuba untuk mendapatkan resepi rahsia burger kebanggaan Mr. Krab,  Krabby Patty.

Gary - Gluttony
Watak haiwan peliharaan Spongebob ini boleh mewakili sifat Gluttony. Gluttony biasanya dirujuk sebagai "overindulgence of food" atau kerakusan terhadap makanan.

Squidward - Wrath
Wrath adalah melibatkan perasaan benci dan kemarahan. Squidward membenci hidupnya dan ia juga membenci SpongeBob. Dan biasanya ia selalu marah dan emo.

Cukup.
Saia hanya berkongsi. Jika ia sememangnya kebetulan atau tiasengaja cuma Tuhan dan penciptanya ja yang tahu. Walau apapun, Spongebob adalah lagi menarik untuk ditonton berbanding siri sinetron yang penuh tahyul, drama Melayu tipikal dan rancangan hiburan yang penuh dengan longgokan gosip murahan para artis Malaysia.

Sumber: Wikipedia



DON.E

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

1 comment:

Mary_Elizabeth said...

Neil, ini cuma kebetulan ja bha kali. Tapi tiatau juga. aku sokong ayatmu, hanya Tuhan dan pencipta cartoon ni ja yg tahu.

Aku lg ckp sm anak2 aku, cartoon ni tingu2 utk hiburan ja. jan mau ikut2 perangai diurg.

btw.. ko kenal bha sama aku? Hehe..


Translate