(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

ISTIMEWA AIDILADHA 2011 - PENGORBANAN DAN KESABARAN NABI IBRAHIM A.S



By  Sic Fallacy     11/06/2011 08:16:00 PM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Boleh kira ini adalah entry khas sempena Eid 'ul Adha yang disambut hari ini ( November 6th 2011 ) yang boleh dijadikan ikhtibar untuk kita semua!

Nabi Ibrahim AS. adalah salah seorang Nabi yang termasuk ke dalam ulul ‘azmi, iaitu golongan Nabi yang salah satu cirinya memiliki kesabaran lebih berbanding manusia biasa. Beliau juga dikenal sebagai "abul adyan" ( bapa agama ). Beliau adalah pengembara spiritual ( Pencari Tuhan ) sebagaimana dikisahkan dalam surah Al-An’am ayat 75-76.

Kesabaran beliau dapat kita ketahui melalui penulusuran kisah hidupnya. Salah satu kisah yang menggambarkan kesabaran beliau adalah kesabaran beliau dalam penantian yang lama menunggu kelahiran seorang anak setelah menikah dengan Siti Sarah (isteri pertamanya). Dan kesabaran beliau dalam melaksanakan perintah Allah Swt. setelah memiliki anak.

Waktu itu Nabi Ibrahim As. dengan sabar menunggu kurnia Allah Swt.. Sampai tibalah suatu waktu, dengan kerelaan isteri pertamanya ia menikah dengan Siti Hajar (isteri kedua). Dari pernikahannya yang kedua inilah, ia dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Ismail.

Namun kebahagiaan sebagai seorang yang dirasakan Nabi Ibrahim bersama Siti Hajar kembali diuji oleh Allah Swt.. Ia diperintahkan untuk mengasingkan Siti Hajar serta Ismail yang masih bayi ke Bukit Shafa yang gersang dan tandus. Tempat yang sangat terasing dari diduduki oleh manusia. Tia mustahil banyak terdapat binatang buas di tempat tersebut. Tetapi dengan penuh ketaatan dan kesabaran, maka berangkatlah Ibrahim menghantar isteri dan putranya ke tempat tersebut. Kemudian meninggalkan mereka di bukit gersang dan tandus itu.

            Selang beberapa waktu Siti Hajar dan Ismail ditinggalkan Nabi Ibrahim, ujian menyapa mereka. Ismail merasakan kehausan. Sedangkan semua bekalan minuman serta makanan telah habis. Ditambah lagi air susu sang ibu tia dapat disusukan kerana telah banyak dikeluarkan sebelum itu. Namun, Ismail yang belum cukup faham dengan keadaan ibunya tetap menangis.

Siti Hajar pun diliputi kebingungan. Wajar saja, secara logik di bukit gersang dan tandus akan sangat susah untuk mendapatkan air. Tapi agungnya pengorbanan seorang ibu tia pandai dihalang oleh hal sedemikian. Dengan gigih Siti Hajar berlari-lari kecil (sa’ie) menuju Bukit Marwah. Dalam pandangannya, ia melihat genangan air di bukit tersebut. Namun, setelah didatangi ternyata yang ia dapati hanya ilusi ( permainan mata ). Lantas ia pun kembali lagi ke Bukit Shafa, dan setelah tiba di Bukit Marwah ia melihat genangan air berada di Bukit Shafa. Tapi yang ia dapati hanya ilusi jua. Siti Hajar hanya hilir mudik antara Shafa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Sebagai nfo tambahan, berlari-lari kecil (sa’ie) ini menjadi syari’at umat Nabi Muhammad saw., sebagai salah satu rukun ibadah haji.

Setelah cukup lelah hilir mudik sebanyak tujuh kali antara Shafa dan Marwah, tiba-tiba ia melihat pancaran air dari tanah bawah. Tepat pada bekas jejak kaki Ismail yang terbaring. Air tersebut terus memancar keluar dari permukaan tanah. Sehingga menjadi genangan. Melihat genangan air yang semakin besar itu, Siti Hajar bersyukur atas anugerah Allah tersebut dan berkata pada air itu, “zam zam ya al ma’u” (kumpul, kumpul wahai air). Air tersebut membentuk genangan yang semakin lama semakin besar semacam sumur. Kemudian, ronta dan tangisan kehausan Ismail pun dapat terubat dengan air yang penuh berkat. Bahkan sampai saat ini, air tersebut masih tetap memacarkan berkat bagi semua peminumnya dan tia perna kering walau sudah berjuta orang mungkin meneguknya selama berabad-abad.

            Beberapa tahun kemudian Nabi Ibrahim mendapat ilham dari Allah melalui mimpi untuk menyembelih putranya Ismail. Tepat ketika Ismail telah membesar menjadi anak remaja yang ceria dan mulai terampil membantu sang ayah bekerja. Namun dengan kesabarannya, Ibrahim menyampaikan perintah Allah tersebut (ilham) yang didapat melalui mimpinya kepada Ismail dengan diliputi perasaan gundah, “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!”. Ismail menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; InsyaAllah, bapa akan mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar.” 
( Ash Shaaffaat:102 ).

Tatkala keduanya telah bersepakat melaksanakan titah Yang Maha Kuasa, mereka pun pergi mencari tempat untuk melaksanakan penyembelihan. Tetapi kemudian godaan datang dari syaitan, mereka (Ibrahim dan Ismail) dipengaruhi supaya tia jadi melaksanakannya. Tetapi dengan komitmen yang kuat mereka berdua tetap akan melaksanakan perintah Allah tersebut. Sampai Ibrahim melempar batu mengusir syaitan di beberapa tempat. Inilah asal mula disyari’atkannya melontar jamrah pada saat ibadah haji.

Setelah tiada lagi yang mengganggu, Ibrahim membaringkan anaknya. Dengan penuh kesabaran dan ketaatan, Ibrahim pun meletakkan sebilah senjata tajam (sejenis golok) ke leher Ismail. Puncak penyerahan diri yang optimal kepada Allah. Namun yang terjadi di luar dugaan mereka. Ketika senjata tajam digesekan ke leher Ismail, Allah menggantinya dengan seekor Qibas yang besar. Demikian ini menjadi sunnah ibadah qurban yang kita laksanakan pada hari ‘Idul Adha dan tiga hari berikutnya.

Demikian kisah yang dialami keluarga teladan dalam mencapai ketaatan pada Yang Maha Esa berhak ditaati. Pengalaman sang ibu yang diasingkan, ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih buah hatinya yang telah lama didambakan serta sang anak yang merelakan diri untuk disembelih.

Mudah-mudahan kita dapat meneladani kesabaran, ketaatan serta pengorbanan di jalan kebaikan yang telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim As. dan keluarganya.
InsyaAllah.

SALAM ID 'UL ADHA 1432Hijrah KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA, SEMOGA SEGALA AMAL IBADAH KORBAN KITA DI TERIMA ALLAH SWT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.







QURBAN-i

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

1 comment:

saya yang malas log in said...

Salam aidiladha tuan blog. Hehe.


Translate