(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

SULTAN KEDAH, TUANKU ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH, YANG Di-PERTUAN AGONG KE 14 MALAYSIA. DAULAT TUANKU!



By  Sic Fallacy     12/13/2011 02:57:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Seperti yang kita tahu, semalam ( Dec 12th 2011 ) , berlangsungnya istiadat rasmi Tamat Tempoh Pemerintahan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 13, selepas 5 tahun berkhidmat untuk mengepalai Malaysia.

Serentak dengan itu, Majlis Raja-raja memilih Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong ke 14 untuk meneruskan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sejak dulu. Untuk pengetahuan, Sultan Abul Halim, pernah pertama kalinya menjadi Yang Di-Pertuan Agong ( ke 5 ), pada Jan 21st 1970 hingga Sept 20th 1975, dan ironinya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Sedikit maklumat mengenai Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim, baginda diputerakan pada Nov 28th 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid.

Baginda berkahwin dengan Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman pada Mar 9th 1956, dan dikurniakan tiga puteri iaitu pasangan kembar Tunku Soraya dan Datuk Seri Diraja Tunku Sarina, 51, dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, 45. Puteri sulung baginda Tunku Sarina kembali ke rahmatullah pada Aug 31st 1991 pada usia 31 tahun di Istana Anak Bukit, Kedah. Sultanah Bahiyah pula mangkat pada Aug 26th 2003 pada usia 73 tahun.

Sultan Abdul Halim berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada Dec 25th 1975 yang ditabalkan sebagai Sultanah pada Jan 9th 2004.

Baginda juga pernah menyertai perkhidmatan awam negeri Kedah pada tahun 1950an sebelum dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah pada Mar 1957 apabila ayahandanya, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid, berangkat ke luar negara.

Baginda menaiki takhta pada Jul 15th 1958 selepas kemangkatan Sultan Badlishah, dan ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28 pada Feb 20th 1959. Pada Julai 2008 sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda telah diadakan secara besar-besaran di Kedah.


Sumber: Wikipedia.
Bernama.

Nota:Masih ingatkah kamurang sewaktu perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Perlis pada June 30th 2007 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang?
 Baginda sanggup berjalan hampir dua kilometer kerana kenderaan rasmi baginda terperangkap dalam kesesakan menuju ke stadium itu.




DAULAT.TUANKU

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

1 comment:

alyaclumsy said...

bangga cheq jd org utara
even bkn kedah, hehe


Translate