(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ ARTIS ] IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA



By  Sic Fallacy     1/20/2012 10:54:00 PM    Categories,, 
Assalamualaikum.
Terkejut. Bila berita ini sampai ke telinga sa. Sebabnya, ketika radio memutarkan lagu "Kembali Senyum", mata sedang leka membaca 1 berita kematian seurang artis di MStar Online. Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia.
Eya. Penyanyi lagu tersebut telah meninggal dunia!
Berita ini telah disahkan oleh adiknya, seurang artis dan juga dikenali sebagai graduan rancangan realiti melalui twitter miliknya. 


Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius. 

Jenazah Allahyarham di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.

Allahyarham mula dikenali sebaik saja menjuarai Bintang RTM dan muncul dengan lagu saduran yang bertajuk "Kembali Senyum".

Dibawah adalah screenshot tweet dari akaun twitter Allahyarham, dan dikatakan yang terakhir yang dikirim.
 
Dalam Kenangan
Khairul Izwan Pilus
( Izwan Pilus )
November 24th 1979 - January 20th 2012



Nota: Moga Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
Untung Allahyarham sebab meninggal dihari yang penuh berkat ni.
Aminnn~~



AL.FATIHAH

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

2 comments:

alyaclumsy said...

al-fatihah. mudahan-mudahan ditempatkan dikalangan org yg beriman. amin

Tucker_17 said...

al fatihah... moge dia dtmpatkan dkalangan org beriman... masa dia dah sampai, kita entah bila....


Translate