(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

ADA APA DENGAN HARI KEKASIH?



By  Sic Fallacy     2/13/2012 11:23:00 PM    Categories,,, 
Assalamualaikum.

Perlukah menyambut hari Kekasih?

Pertanyaan itu hampir terus berulang setiap kali menjelang Valentine’s Day atau Hari Kekasih pada February 14th setiap tahun. Di tengah sikap pro dan kontra masyarakat terhadap budaya Barat itu, memang memerlukan perenungan lebih jauh, masih perlukah hari khusus untuk sekadar mengingatkan bahawa kita harus menunjukkan kasih sayang kita kepada orang lain?

Kasih sayang sesungguhnya tiada bezanya dengan udara, api hatta makanan sekalipun. Selama manusia ada di dunia ini, maka memerlukan yang paling hakiki pada diri manusia itu tetap diperlukan. Seorang anak kepada ibunya, pasangan kepada kekasihnya, orang tua kepada anaknya.

Persoalannya, bukan semua orang memandang perayaan Hari Kekasih ini dari sudut pandangan yang sama. Lain urang, lain pandangan bilang. Sebahagian dari mereka menterjemahkan Hari Kekasih ini sebagai bentuk ungkapan kasih sayang kepada pasangannya. Implementasi dalam erti sempit sebeginilah yang menimbulkan persoalan, baik dari pemikiran masyarakat atau tokoh-tokoh agama khasnya.

Jika dilihat, Hari Kekasih ini sudah disalahanggap oleh generasi sekarang. Golongan ini menganggap bahawa tradisi menyambut Hari Kekasih hanya ditandai dengan pergaulan bebas. Nah, kalau hari kekasih itu sendiri sudah kehilangan maknanya, malah dianggap ‘virus’ yang membahayakan generasi muda, masih perlukah disambut?

Nota: Selepas jam 12 nie, kita tunggu pula 9bulan selepas itu.
If you know what i mean!
Huhuhuhu..




ILU

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

1 comment:

astroboi said...

Syukur.. bab gwa 'forever alone' guy


Translate