(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

AKU RINDU..



By  Sic Fallacy     2/11/2012 10:56:00 PM    Categories,,, 
Di sini,
Di antara kemeriahan dan bintang,
Aku memilih sunyi.

Dimana telah kutanam benih rindu untukmu,
Ketika malam kian menjauh,
Hingga terbit sinar pagi.

Dan untuk kesekian kalinya,
Aku merasakan kau begitu jauh,
Walau kita masih saling berteduh,
Dibawah langit yang sama.

Kekasihku,
Jika kau percaya angin adalah satu,
Jika kau percaya samudera adalah biru,
Akan kunyanyikan rindu ini,
Dan kukirimkan dengan angin,
Bertemankan deru ombak,
Dalam sunyi,
Dan denting malam..

***

Nota: Aku rindu kamu.
Habis monolog.
Mari tidur.




IMU

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.


Translate