(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

RUPA-RUPANYA AKU SAKIT..



By  Sic Fallacy     2/10/2012 09:25:00 PM    Categories,,, 
*entry ini menggunakan perkataan kata ganti 'aku' berbanding entry-entry sebelum ini*

Assalamualaikum.

Aku sakit?
Ya.. Aku sakit sebenrnya. Walaupun bukan dalam keadaan serious, namun aku hakikatnya, memang aku sakit. 


Menurut doctor, aku menghidapi penyakit Chronic Fatigue Syndrome ( CFS ) atau dalam bahasa Melayunya, Sindrom Keletihan Kronik. Penyakit ini bukan lah seperti sakit yang biasa, tapi masih bloeh dikatakan sebagai penyakit. Tapi, terfikir juga antara sindrom keletihan kronik dan sindrom kemalasan kronik yang sebenarnya aku hidapi, terfikir juga pula, ketidakbolehtiduran yang aku hidapi selama ini berpunca dari kemalasan kronik?Takkan tidur pun aku malas? Haizz..

Berbalik kepada penyakit sindrom keletihan kronik ini, antara petunjuk yang aku adalah salah seorang pesakit CFS ini adalah sakit keseluruhan badan dan sendi, kesukaran fikiran, kelesuan mental dan fizikal dan berkaitan kesihatan ( kerap demam contohnya. )

Mereka yang mengenaliku pasti tahu yang aku seorang yang suka bekerja secara menyendiri walau bekerja secara berkumpulan. Dan aku banyak berfikir walaupun atas sebab yang kecil. Sampai suatu ketika, otak aku perna blank, tapi tetap berfikir walaupun tiatau apa yang aku sedang fikirkan. Aku juga banyak melakukan kerja. Perna sekali dalam sebulan, aku hanya tidur 3-4 jam sehari ja, jam yang lainnya, diisi dengan pelbagai pekerjaan. Walau dalam tidur juga, aku masih boleh terjaga dan terus melakukan kerja tanpa sambung tidur balik. Kadang-kadang aku juga perna tertidur didepan lappy tanpa sebarang petanda awal aku ingin tidur. kesudahannya, kerja-kerja menjadi tertangguh. Kerja last minute adalah perkara yang aku benci, tapi sejak akhir-akhir ni, aku adalah diantara golongan mereka yang suka bwat keja disaat-saat akhir.

Aku juga sering sakit setiap kali bercuti tanpa melakukan sebarang pekerjaan atau memerah otak untuk berfikir. Sebab itulah, aku jarang bercuti. Tanyalah housemate atau family aku bila kali terakhir aku bercuti. Perna aku kerumah family sebab berjanji untuk meluangkan masa bermasa mereka, tapi aku jatuh pengsan. Demam dikeseluruhan hari cuti. Aku hanya berbaring, ditemani ubat dan bahan bacaan.

Cukup.
Jadi sekarang ini, aku sedang cuba mengembalikan kesihatan aku yang asal. Malas mau peduli uda benda-benda lain. Sejak kejadian hari tu, aku lebih menghargai kesihatan tubuh badan sendiri. Aku perlu tenangkan jiwa, aku perlu kosongkan otak aku, aku perlu tenaga baru.

Nota: Adakah perlu aku pergi bercuti?





SH.IT.HAPPE.N

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

2 comments:

eRza farEeha said...

eh gema take care..
p bercuti lame2 ckit..

echaRierie said...

gila kerja..
nah..tau sdh akibatnya kan ?
p bercuti sn hawaiii..haha..
take care bilang.


Translate