(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ VIDEO ] KEMALANGAN DI PROGRAM HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2012



By  Sic Fallacy     5/27/2012 06:30:00 PM    Categories,,,, 
Assalamualaikum.
Saia mungkin agak lambat mengetahui kejadian ini. 
Dimana lewat malam tadi, acara 'KBS-MUSC Drag Putrajaya' sempena program Himpunan Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya berlakunya tragedi yang melibatkan nyawa.

Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang diadakan lewat tengah malam tadi, berakhir dengan tragedi apabila sebuah kereta yang menyertai acara tersebut mengalami masalah, lalu tersasar ke tepi jalan dan terus merempuh penghadang ( hanyalah pokok hiasan yang ditanam dipembahagi jalan ) tempat penonton berdiri.

Beberapa orang dilaporkan cedera, manakala 2 orang penonton mengalami cedera parah dan tiada berita kehilangan nyawa didedahkan oleh pihak KBS dan MUSC ketika entry ini ditulis. Manakala pemandu kereta terbabit ( Mitsubishi Lancer ) menghilangkan diri sebaik kemalangan tersebut.

Dibawah, adalah rakaman video berdurasi 8 minute dari seorang individu yang merakamkan acara tersebut. Dan pada minute ke 5:30 kemalangan itu berlaku.

+ Powered by Youtube +

Nota: Dengarnya, acara Kuliah Perdana Himpunan Sejuta Belia 2012 bersama Ustaz Azhar Idrus di PICC, dibatalkan dan digantikan dengan persembahan artis KPop.
 Betul ke? 




EN.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

4 comments:

athirah said...

masyaallah...agak2 meninggal ke?bahaya btl langgar cmtu ..

GematriA™ said...

@athirah insyaAllah..suma selamat. takkan ada berita mcm tuh.

Anonymous said...

K-pop tu dipentas utama dan memangnya ada dalaam aturcara majlis. Yg di PICC memang tiada acara apa2 berlaku kecuali World Youth Jazz Festival..itu pun ada dalam aturcara...psl Ust. Azhar..mmg x nampak pun dlm aturcara samada di segmen Modal Insan atau lain2 segment...tapi ceramah yang agama dan kerohanian memang banyak di adakan, semuanya di segment modal insan lokasi berhampiran masjid besi...jgn membuat andaian berdasarkan kbahar angin...

GematriA™ said...

@Anon terima kasih atas maklumat tersebut. Kalau benar seperti dikatakan, syukurlah. Sekurang2nya himpunan tersebut ada kebaikkn utk semua.


Translate