(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ AGAMA ] PESAN BAGINDA RASULULLAH SEBELUM TIDUR.



By  Sic Fallacy     6/16/2012 12:58:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Moga-moga entry ini memberi manfaat kepada kita semua.
Insya'Allah..
 
Tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. 
 
Untuk update entry kali ini, kita sentuh sedikit sunnah-sunnah Junjungan Mulia Nabi Allah, Muhammad SAW sebelum tidur. 

Rasulullah saw berpesan kepada Sayidatina Aisyah ra : 
"Ya (Sayidatina) Aisyah (r.a) jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , iaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di Akhirat.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

Bertanya Sayidatina Aisyah r.a :
"Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
Jika engkau tidur bacalah : 

Al Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau mengkhatamkan Al Qur'an.
( Baca: Bismillaahirrahmaanirrahiim. Qulhuallahu ahad' Allahushamad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' )

Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
( Baca: Bismillaahirrahmaanirrahiim. Allahumma shallii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
( Baca: Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih )

Dan, perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
( Baca: Bismillaahirrahmaanirrahiim. Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu allahu akbar )  Nota: untuk ini buat seberapa yang boleh sampai tertidur lagi bagus, terpulang pada diri masing-masing.

Nota: Ahahaha..
Idea ni datang bila tertengok icon menguap yang Cik Ikan Bakul guna dalam chatbox tadi. Trimas Cik Nur Ikaa.





SEKIAN.

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

5 comments:

ikaa said...

alolololo so suweetnya bby tu tdo :)

Cik Tyra Lee said...

nok simpan utk rujukan masa akan dtg..:) thanks ye encik zombie~~~ arghh.. makan otak!!

GematriA™ said...

@ikaa ahahaha..
Jgn tgok baby ja. Baca skali

GematriA™ said...

@Cik Tyra Lee huuuu.. sila ambil.
Sila.. sila..

Ahahaha.. mkn nasik la best..

adibahfaizah said...

NICE SHARING :)


Translate