(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

KUALA LUMPUR INDIE MUSIC FESTIVAL 2012, 8 JULAI DI LAMAN SANTAI ISTANA BUDAYA



By  Sic Fallacy     6/29/2012 06:13:00 PM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Ini adalah berita baik untuk pencinta muzik indie.

Kuala Lumpur Indie Music Festival 2012! 



Menurut info yang diterima, ramai artis-artis indie bakal menyertai festival tahunan yang julung kali diadakan ini.  Festival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama portal muzik 2crank.com ini akan berlangsung dari 3 petang hingga 10.30 malam di Laman Santai, Istana Budaya dan masuk adalah percuma.

Untuk pengetahuan, festival ini adalah sebahagian daripada sub-acara Festival Muzik KL 2012 (KLMF) yang sedang berlangsung kini.

Jika anda meminati band-band indie seperti Johny Comes Lately, Angie Lym & Crew, HWC, Silvergun Superman, AzureForJanne, Instake, Tashya's Ink, BobTheSausage, An Honest Mistake, Bliz, OAG, Republic of Brickfield, Subculture, PhunkMob, Monoloque dan ramai lagi, jangan lupa catatkan pada kalender anda dan kita jumpa disana.

Nota: Boleh buat #twtup mungkin. 
Siapa tahu kan..





PADU!

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

4 comments:

ikaa said...

nk jd owg pertama yg komen ngeeee~ superman?? apakah?

GematriA™ said...

@ikaa ahaha..tahniah ikan! Anda yg pertama. Nah, jgn pelik ngan nama2 band indie..

Selipar putus pun mungkin bleh jd nama band tahu! Hihi

Romeo Laut said...

Nama band dah macam ke apa je. Fikir balik, dah macam band zaman 80-90 pun ada. Streetlight, Desire, Fotograf. Hahah. Dah pusing balik dunia ni.. Nak kata tak ada idea, entahlah.

GematriA™ said...

@Romeo Laut ahahaha..cuma bezanya pada lagu.. sgt berbeza dari dulu yg lebih mendayu, lemah gemalai disamping memuja nama wanita.
Sekarang ni nmpak la bezanya..


Translate