(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ INFOTECH ] APLIKASI ANDROID YANG DIKESAN MENGANDUNGI VIRUS 'COUNTERCLANK'



By  Sic Fallacy     12/19/2012 02:58:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Symantrec Corporation, syarikat keselamatan perisian komputer, telah meriliskan senarai beberapa aplikasi (.apk) dalam sistem operasi Android yang dikesan mengandungi virus.

Penggunaan peranti Android dilihat semakin banyak digunakan sekarang ini. Dan fenomena ini telah dimanfaatkan oleh penggodam dan penyenayah cyber untuk menyebarkan virus dan malware.

Salah satu jenis virus yang baru dikesan adalah Counterclank. Menurut Symantrec Corp, program yang direka ini membolehkan developer'nya mendapatkan maklumat peribadi dan data-data penting mereka yang memuaturun aplikasi yang dijangkiti virus ini, dan menurut mereka lagi, Virus Counterclank ini telah merebak dengan cepat melalui Google Play.

Berikut adalah beberapa aplikasi yang dikesan mengandungi virus yang boleh didapati di Google Play;

1. Counter Elite Force
2. Counter Strike Ground Force
3. CounterStrike Hit Enemy
4. Heart Live Wallpaper
5. Hit Counter Terrorist
6. Stripper Touch girl 
7. Balloon Game 
8. Deal & Be Millionaire 
9. Wild Man
 10. Pretty Women Lingerie Puzzle

* Ketika artikel ini ditulis, beberapa daripadanya masih lagi dapat dimuaturun di Google Play *




Nota: Cyanogen(mod)10.1 stable version dah rilis woi!
Rudy Lee, bila nak install?









HUMAN.DROID

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

4 comments:

rudy said...

hahaha..
mau flash kaa?? bolehhh..

GematriA™ said...

@rudy
Ahahaha.. tunggu nanti.

dilla said...

saya pendownload tegar apps2 android. xdisangka ada virus . hais

GematriA™ said...

@dilla
whoa.. jaga2 la r.. jgn smpai rusak tu henpon.


Translate