(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

KEKASIH GELAP. ADA APA DENGANNYA?



By  Sic Fallacy     2/16/2013 03:33:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
#HaiKorunkkkkk!

Kemarin ada seorang minta pandangan tentang "Kekasih Gelap" ni, entah apa mimpi dia entah. Memula mau buat-buat lupa, tapi setelah diminta secara keras beserta ugutan, saia yang lemah ini hanya menurut perintah walaupun eh, kejap. *pasang lagu Kekasih Gelapku, nyanyian Kumpulan Ungu* ok sambung..walaupun otak ini masih gagal memuaturun sebarang fakta tentang kekasih gelap kepada jari untuk ditaip diatas kibod ini. Jadi bila ada kesalahan perkataan ataupun keteraburan ayat, adalah sangat dimaafkan.

Apaitu Kekasih Gelap?
Jika ditanya secara peribadi, kekasih gelap ini boleh dianggap sebagai perhubungan yang dijalinkan secara rahsia-rahsia dan pergerakan mereka adalah secara gelap, dan sulit macam pergerakan bawah tanah gitu, kalau mau nampak KL sikit, perkataan 'perempuan simpanan' atau 'lelaki simpanan' adalah paling sesuai digunakan. Kalau mau nampak happening sikit kita gelar 'skandal' ataupun 'anak ikan' Ehehehe.

Bagaimana Berlaku Kekasih Gelap?
Ok. Ini rumit sikit. Tapi bila diringkaskan, ia berlaku bilamana seorang lelaki atau perempuan yang telah berkahwin tetapi mempunyai hubungan secara rahsia dengan seseorang yang lain. Semacamnya, si suami dengan awek lain, pedulikan walau awek itu bujang, tunangan orang, Cik Jane waima bini orang pun. Begitulah juga sebaliknya.

Orang bujang boleh ada kekasih gelap? Heh, apabila mempraktikkan amalan 'Berkawan biar seribu, berkasih lepas satu, satu.. selagi mampu cari, kita cari dan berkasihlah sampai beratus ribu kekasih pun' nescaya mereka juga tergolong dalam aktiviti berkekasih gelap ini. Percayalah.

Kenapa Kekasih Gelap?
Hmm, ini lagi rumit. Mungkin sebab pasangan #phailed ketika bersama di bilik tidur. Atau mungkin sebab perlaksanaan undang-undang yang ketat mengenai sistem poligami? Kalau ditanya kepada mereka yang sanggup dijadikan kekasih gelap pula, jawapannya paling mudah; untuk hidup mewah. Mereka ini dibayar dengan wang, serta dihujani dengan barangan mahal-mahal (jawapan ni pernah dikasitau oleh seorang rakan masa hidup sebagai seorang student dulu, juga seorang 'anak ikan' seorang pensyarah).

Ok cukup. Eh tapikan..
Kenapa bila ada kekasih gelap, hanya lelaki sahaja yang dipersalahkan? Mungkin sebab lelaki itu tahap berlagaknya yang tinggi dan suka menunjuk? Atau, mungkin perempuan memang pandai merahsiakan? Mungkin perempuan pemalu dan tidak sanggup untuk menunjuk seperti orang lelaki?
Awak, sila jawab, plis..

*mihmihmih*


Nota: Siap. 
Kira okey ke caner nie?







#BaiKorunkkkk

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

4 comments:

safrizal salleh said...

Huk Alorh...huhu..style blog demo.

GematriA™ said...

@safrizal salleh
Wakakakaka..
Xdop gapo pun boh.
Beso2 jah.
Ahahahahaha..

Sakura Ariela said...

Assalamualaikum...hai... nice entry... ok jew... ^_^

-blogwalking-

Fawzylla Mohd Nor said...

3 tahun sudah? Apa khabar yea?


Translate