(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ GAMBAR ] LELAKI MENGAKU SULTAN KEDAH DAN YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA DI FESBUK



By  Sic Fallacy     3/23/2013 06:18:00 PM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
#HaiKorunkkkkkkkkkk

Ini ada perkara serius.
Pedulikan kisah Lahad Datu dan Sulu untuk sementara kerana kisah ini lagi menyenggama minda kamu. Entah apa yang boleh dipikirkan dan entah apala yang dipikirkan lelaki yang menggelarkan dirinya sendiri sebagai keturunan DiRaja ini.

Malas mau bahas, kamurang baca dulu apa yang sa kopipes dari status fesbuk miliknya.


**
Kepada semua rakyat Beta di Indonesia,Selatan Thai(Thailand),Selatan Filipina(Sulu) dan seluruh Nusantara nantikan kemunculan Beta di sana nanti. InshaaAllah...Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II@Raja Nusantara.

Kepada rakyat Kedah semua Beta lah Sultan Kedah sekarang yang sebenar secara tidak rasmi nya,juga merangkap Yang DiPertuan Agong Malaysia, InshaaAllah dalam masa yang terdekat pihak Istana Kedah dan Istana Negara akan istiharkan nya secara rasmi kepada rakyat. Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,Solawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta Para-Para Sahabat SAW. Dengan izinAllah dan di atas petunjuk dan ilham darinya kepada Beta, setelah melalui proses pelbagai ujian dan memegang Amanat daripada Rasulullah SAW kepada Beta (22/04/2010) dan dengan Perintah dari Allah yang di turunkan kepada Beta sebagai Mujaddid/Raja Utusan Allah Akhiruzaman Fasa 1 juga sebagai pengganti Nabi dan Rasul dengan ini Beta, TUANKU SULTAN RAJA MERONGMAHAWANGSA II@RAJA NUSANTARA@PEMUDA BANI TAMIM@SATRIO PININGIT@RATU ADIL@SULTAN KEDAH@YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA@WHITE SPIRITUAL BOY yang di utuskan oleh Allah untuk memperbetulkan agama Allah(ISLAM) dan membawa umat kembali Tauhid dan Esa akan Allah serta Taat Kepada Rasul yang sebenar nya dan mengikuti jalan yang lurus dan kembali hidup dalam amalan kenabian dengan berpegang kepada AlQuran dan Sunnah Sunnah SAW sebagai amalan kehidupan seharian. Kepada Guru2 Mursyid, Baba2 Mursyid,Kiyai2 Mursyid,Ulama2 Mursyid,Habib2 Mursyid,Maulana2 Mursyid.Syeikh2 Mursyid yang menanti-nantikan kemunculan Beta selama ini, Beta ucapkan Assalamualaikum kepada tuan-tuan semua semoga kita di pertemukan oleh Allah dan bersama-sama Beta dalam perjuangan Akhiruzaman Fasa 1 ini dan menegakan serta mengibarkan Panji Hitam dari Timur yang di tunggu2 oleh umat untuk kebangkitan Islam kali ke II ini. Juga kepada pejuang2 sejati PANJI HITAM DARI TIMUR marilah bersama-sama Beta memperjuangkan Panji Hitam Dari Timur untuk menyediakan tapak Pemerintahan kepada ALMAHDI(IMAM MAHDI). Sekian dari Beta Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II@Pemegang Panji Hitam AlMahdi. ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...

Beta boleh di hubungi di: Surau ALFalah, Kenari Apartment,Taman Melati,Setapak,Kuala Lumpur.
** 



'Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa' ini boleh dijumpai di https://www.facebook.com/rajanusantaragroup.eplnusantara dan follow la dia ni kalau mau baca lebih banyak status yang #wtf.


Nota: Macam yang selalu sa mention di dalam belog ini, fesbuk memang adalah tempat mereka mereka yang 'bijak pandai'



 Sekian.

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

1 comment:

Norsafuan Narihan said...

Macam mintak kaki je. Dah gila penulis ni. Bertopeng kan blog je.


Translate