(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ TRIVIA ] 20 FAKTA MENARIK FILEM TITANIC



By  Sic Fallacy     4/14/2013 12:16:00 PM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
#HaiKorunnkkkk
Tahukah anda apakah yang berlaku pada tarikh 14 april?
Bagi sesiapa yang tidak tahu ataupun terlupa, hari ini merupakan hari ulang tahun tenggelamnya kapal titanic pada pagi ahad 14 april 1912 sebelum tenggelam sepenuhnya pada 2.20 pagi isnin 15 april 1912.

Peristiwa bersejarah ini berjaya menarik perhatian dunia sehinggakan tercetusnya idea untuk menerbitkan sebuah filem yang mengisahkan tentang tenggelamnya kapal titanic 1997 arahan James Cameron. Tapi dalam entry kali ini sa bukan mau bercerita mengenai peristiwa 14 april itu, tetapi lebih daripada itu menyentuh kisah filem titanic yang perna menjadi satu fenomena luar biasa dalam arena perfileman dunia.

Malas mengulas lagi, terus kepada tajuk asal mengenai beberapa fakta yang agak menarik mengenai filem yang memakan belanja sehingga AS$200 ini:

1. Pengarah filem Titanic, James Cameron telah pergi melihat bangkai kapal Titanic yang sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam sekali.

2. Kebanyakan syot kapal Titanic di lautan tidak benar tetapi penggambarannya dibuat di Baja, Mexico dan kebanyakan pelakon ekstra adalah orang Mexico.

3. Ketika babak Jack (DiCaprio) dan Rose (Winslet) 'terbang' di depan kapal dan bercium, matahari yang terbenam di belakang mereka memang benar. Mereka terpaksa melakonkan babak itu dalam beberapa minit sebelum matahari terbenam.

4. Leonardo DiCaprio bersetuju untuk membintangi filem ini kerana ia mengisahkan cinta dua darjat.

5. Sekalipun air yang naik di koridor tampak sejuk, sebenarnya suhu air ketika Rose terapung di atas papan untuk menyelamatkan diri adalah pada suhu 80 darjah.

6. Semua lakaran Rose dan lukisan Jack telah dilukis oleh James Cameron sendiri.

7. Setiap wanita di set memakai korset sekalipun mereka pelakon ekstra yang tidak kelihatan di kamera. Semua pelakon sokongan diwajibkan menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak. Semua pelayan juga perlu belajar cara untuk melakukan tugas mereka.

8. Ketika Jack menyebut "Sit over there on the bed. I mean, couch!", ia tiada dalam skrip dan DiCaprio telah tersalah menyebutnya. Namun semua orang menyukainya dan mereka memutuskan untuk mengekalkan kesilapan itu.

9. Babak di mana Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah diilhamkan sendiri oleh aktres tersebut.

10. Babak di mana ibu Rose, Ruth (Frances Fisher) mengikat korset Rose pada awalnya terbalik kerana Rose yang sepatutnya mengikat korset Ruth. Namun para pelakon dan pengarahnya sendiri merasakan mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya korset Rose yang diikat, untuk menunjukkan betapa si ibu mempunyai kuasa untuk 'mengikat' kebebasan anaknya.

11. Winslet bersungguh-sungguh 'melobi' peranan Rose kerana pada awalnya Cameron agak skeptikal dengan keupayaan yang ada padanya.

12. Cameron telah menyelam lebih dalam untuk melihat bangkai Titanic asal dengan menggunakan kamera khasnya. Sesetengah rakaman yang diambilnya tidak pernah dilihat sesiapa sejak tahun 1912.

13. Babak lakaran Jack dan Rose merupakan babak pertama yang dirakamkan antara DiCaprio dan Winslet. Aktres ini telah berbogel di hadapan DiCaprio pada hari pertama untuk membiasakan diri.

14. DiCaprio sensitif pada air, jadi dia tidak boleh masuk ke dalam air sejuk.

15. Replika Titanic dalam filem itu berukuran 775 kaki panjang dan terapung di dalam tangki 17 juta gelen. Sut paling mahal dalam Titanic bernilai AS$4,350 (RM13,336), sama dengan nilai hari ini sebanyak AS$75,000 (RM231,463). Hanya separuh daripada kapal tersebut adalah benar dan selebihnya dibuat menggunakan imej komputer.

16. Ikan lumba-lumba yang berenang di tepi kapal adalah benar.

17. Semua kostum tahun 1912 yang dihasilkan untuk filem ini bernilai AS$8.4 juta (RM25.7 juta). Filem ini sahaja memakan kos AS$200 juta (RM613 juta) – lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan.

18. Kesilapan dalam filem – watak Jack mengatakan dia pernah pergi memancing di tasik ais di Tasik Wissota, berhampiran Air Terjun Chippewa, Wisconsin. Tasik Wissota merupakan tasik buatan manusia yang hanya diwujudkan pada tahun 1917, lima tahun selepas tenggelamnya Titanic.

19. Banyak jakuzi dibina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan.

20. DiCaprio dan Winslet mengakui mereka membuang air dalam tangki untuk terus kekal hangat dan kerana mereka terlalu malas hendak keluar dan menggunakan tandas.

Cukup. Itu seja mau kongsi-kongsi.
Eh masih ingat lagi dengan cerita Titanic ini?
Mari kita tonton semula filem ini dengan hanya berdurasi satu minit dan 18 saat.

+Powered by Youtube+


 


U.JUMP.I.JUMP

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate