(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

INI KISAH LEFTENAN ADNAN SAIDI



By  Sic Fallacy     2/16/2014 09:16:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
#HaiKorunkk

Sepatutnya entry ini disiarkan pada 13 Febuari lepas, tapi diatas kesibukan dan tuntutan duniawi baru ini hari bole disiarkan. Penulisan ini diharap dapat menjadi sumber pengetahuan dan rujukan supaya kisah keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati matian untuk mempertahankan Permatang Pasir Panjang tida hanya kekal sebuah sejarah yang ditulis di dalam buku sahaja.


Adnan bin Saidi.

Atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan Saidi, dilahirkan di Kg Sungei Ramai, Kajang, Selangor pada 1915. Merupakan anak sulung dalam keluarganya. Direkodkan juga dimana adik adinkya juga merupakan anggota tentera ( seorang meninggal akibat kapal dibom Tentera Jepun, 1939 dan seorang lagi terselamat dari peperangan dan kini bersara )

Ketika berusia 18thn, Adnan memasuki Rejimen Askar Melayu ( Malay Regiment ) dan di lantik ke pangkat Sarjan pada tahun 1936. Tidak lama kemudian dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major. 

Kemudian dihantar pula ke Singapura untuk menjalani kursus latihan pegawai yang membawa kepada pangkat Leftenan Muda. Setelah tamat kursus, beliau dilantik sebagai Ketua Platun ke-7, Kompeni C.

Lt. Adnan Saidi berkahwin dgn seorang guru agama dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda ( meninggal dunia pada 1949 ) dan dikurniakan tiga orang anak ( dua lelaki ; seorang perempuan ) - bayi perempuannya meninggal dunia selepas kejatuhan Singapura.

Kronologi Ringkas Pertempuran Permatang Pasir Panjang.

Pada tahun 1941 Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang, Singapura dan ketika Perang Dunia II semakin hampir, merupakan kali terakhir beliau bersama anak anak dan isterinya ( ketika ini sedang sarat mengandung anak ke 3 mereka )

Pada 13 Feb 1942, peprangan bermula dan Lt. Adnan Saidi bersama Kompeni C memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Tentera Jepun berundur.

Pada tengah malam 14 Feb 1942 pula Lt Adnan dan Kompeni C diarahkan untuk ke Pt. 226 Bukit Candu. Pada petang 14 Feb, Lt. Adnan Saidi dan tenteranya berjaya menumpaskan sekitar 20 orang musuh dan ini memaksa sekali lagi tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serang besar besaran dalam bilangan tentera yang ramai. Serangan tersebut telah menumpaskan  Lt. Adnan Saidi, 27, Ketua Platoon No. 7 dan Kompeni C, Briged 1 Malaya . Dengan bilangan yang lebih kecil dan kekurangan peluru, Rejimen Melayu bertempur sehingga ke titisan darah terakhir dan dilaporkan lebih daripada 800 orang askar musuh telah ditewaskan oleh Lt. Adnan Saidi dan regimennya. 


Fail:Lt Adnan Saidi.jpg

( Leftenan ) Adnan bin Saidi
1915 - 1942
Juga kepada mereka yang terkorban dalam pertempuran ini.

Al Fatihah









#SALUTE

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

2 comments:

Anonymous said...

tq. .. for information

Nazeem Nasriq said...

Hm aku cucu leftenan adnan...mak aku nama janaidah binti adnan...mak aku cerita semua tntang atuk aku iaitu leftenan adnan..aslnye berperng di phang dan lari ke tanjung malim perak..ketika di tanjung malim atuk aku(leftenan adnan) berkahwin dngn opah aku..mak aku dpt felda di phng..apabila tiba di pahang..ketika itu atuk aku ade dngn mak aku dan atuk aku berkata"ni lah tempat aku berperang dahulu"mak aku cerita..tp arwah atuk aku berkta lagi..tempat ini sngt berbeza semasa aku berperng dahulu..hm x kn la mak aku bk tipu en..buat la pengajaran..salute always..pape hal nk tau citer ws 0199645596


Translate